Followers


ShoutMix chat widget

Program Maulidur Rasul~KAU ISTIMEWA PENYULUH KEHIDUPAN


Assalamualaikum...wbt..
Buat semua pengunjung-pengunjung blog Nisa' Parit Buntar.
Anda semua  dijempuat untuk menghadiri satu majlis ilmu sempena sambutan Maulidur Rasul 1431H.



Butiran program adalah seperti berikut :





Tarikh | 28 MAC 2010 (Ahad)

Masa | 8pg - 1ptg

Lokasi | Dewan Auditorium USM Transkrian (Kampus Kejuruteraan) Nibong Tebal


Tajuk | '' Kau Istimewa Penyuluh Kehidupan"







MENARIK!!!


• tayangan video [Kisah Rasul Junjungan-Muhammad s.a.w]





• diskusi

• permainan minda [Games]

• tayangan slaid lagi ++

• hadiah misteri

MaSuK  P E R C U MA !

Ada Jualan !!
Pendaftaran ahli Nisa' !!!

* remaja wanita berusia 13-30




** jOM ImaRahkannya...

:: Anjuran Nisa' Parit Buntar dengan kerjasama HelWa USM Kampus Kejuruteraan ::

Nisa’ Friendly Visit

18 MAC 2010 (Khamis) - Nisa’ Parit Buntar bersama HalWa  Parit Buntar telah melaksanakan satu aktiviti kemasyarakatan di sini. Lawatan sambil gotong-royong ini diberi nama “Nisa Friendly Visit”. Seramai beberapa orang AJK & ahli Nisa' Parit Buntar terlibat bersama menjayakan program ini. 

Kira-kira jam 9.20 pagi kami tiba di sebuah rumah yang didiami seorang ibu tunggal bersama seorang anaknya yang kurang  upaya. Puan Shaharom bt Long, ( ) di Kg Pandak Putih, Kuala Kurau. Dipercayai beliau telah lama menghidap beberapa penyakit kronik seperti kencing manis dan batu karang. Dan saban minggu terpaksa mendapatkan rawatan di klinik-klinik swasta yang sering dilawatinya. Beliau juga tidak mampu untuk berjalan terlalu jauh dan terpaksa menggunakan tongkat serta sukar utk menjalankan rutin harian akibat penyakit tersebut. Anaknya yang tinggal bersama juga mempunyai masalah kesihatan yang agak kritikal iaitu melibatkn bahagian otak yang telah dihidapinya sejak berusia 18tahun dahulu. 






Aktiviti dan kerja gotong-royong dimulakan sekitar 9.30pg dengan  membersihkan seluruh kawasan di rumah yang bersemak. Setelah selesai segalanya, kira-kira jam 10.40pg, sesi makan bersama-sama dan beramah mesra dengan tuan rumah. Alhamdulillah kira-kira sekitar jam11.30 kami semua beransur pulang. Sekian.

PESONA'10 ???

PESONA'10 ???
Apakah itu???
Kereta ya.... Bukan2...
Jadi apakah?
Pertandingan nyanyian....
Biar betoool??
Wah wah majula Nisa' sekarang ni....


Makluman wat suma warga negeri Perak Darul Ridzuan, Parit Buntar khasnya yang bergelar wanita, girl, muslimat, perempuan dan woman sahaja...

Nisa' Perak akan mengadakan Pertandingan Suara Nisa' 2010 Peringkat Negeri Perak~ PESONA'10

      

Sesapa yg berminat nk p, habaq na...............jOm gegar Kuala Kangsar !!!!!!

Tips Individu Berjaya


Tips Individu Berjaya

Firman Allah SWT (bermaksud):

[23.1] Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
[23.2] Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
[23.3] Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
[23.4] Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
[23.5] Dan mereka yang menjaga kemaluannya, -
[23.6] Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -
[23.7] Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
[23.8] Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
[23.9] Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
[23.10] Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi (syurga).

(Surah al-Mukminun)



Sifat Pertama:
Mendirikan sembahyang dengan khusyuk.

Teknik perlaksanaan:
- Merasakan diri bertemu dan menghadap Allah SWT dalam munajat.
- Berusaha untuk fokus terhadap pengertian ayat-ayat, zikir-zikir dan doa-doa yang dibaca dalam perbuatan solat.
- Cuba mengelakkan sebarang lintasan atau was-was yang tidak termasuk dalam solat.
- Memintas ganguan fikiran dengan mengucap isti‘azah (membaca a‘uzibillah) dan menghembus dengan perlahan ke arah kira sebanyak tiga kali.
- Membataskan pergerakkan anggota badan tanpa hajat.
- Melakukan perbuatan solat dengan tenteram.
- Menumpukan penglihatan ke tempat sujud secara berterusan.
- Memilih tempat solat yang jauh daripada sebarang gangguan.

Sifat Kedua:
Menjauhkan perkataan dan perbuatan yang sia-sia.

Teknik perlaksanaan:
- Memahami kepentingan menjaga perkara tersebut.
- Mengawal diri untuk berbicara.
- Mengingati bahawa segala yang dibicarakan bahawa ia dirakam secara nyata dan ghaib.
- Berdiam ketika perlu.
- Berfikir sebelum berbicara mengenai kandungan, teknik dan waktunya yang sesuai.
- Mengetahui cara bergurau dengan seseorang tanpa melakukan penghinaan perkara batil.
- Cuba mengubah topik orang yang berbicara kepada perkara berfaedah secara berlembut.
- Menggunakan kebijaksanaan untuk berpaling daripada perkara yang sia-sia yang dilakukan oleh seseorang terhadap kita.
- Memilih perkara yang dipaparkan di dalam media penyampaian (telivisyen, radio, surat akhbar, majalah buku dan lain-lain).
- Jiika berlaku suatu perkara yang sia-sia, hendaklah beristighfar kerana merasakan kesan negatifnya.

Sifat Ketiga: 
Membersihkan harta dengan menunaikan zakat.

Teknik perlaksanaan:
- Memberikan perhatian terhadap hal-ehwal orang ramai secara umum dan khusus.
- Mendapatkan bantuan seseorang yang dikenali ketika berlaku masalah.
- Bersegera melakukan perkara yang mampu untuk menolong orang yang memerlukan.
- Membantu secara sukarela tanpa diminta.
- Meraikan perasaan orang yang meminta bantuan dengan tidak menyusahkan atau memalukannya.
- Memberikan bantuan mengikut keutamaan dalam tanggungjawab terhadap individu dan mengikut situasi.
- Menunjukkan kesungguhan ketika mengeluarkan zakat.
- Memastikan zakat diagihkan kepada orang yang benar-benar berhak.
- Menghulurkan sedekah secara sukarela, bukan berpada dengan zakat yang wajib.
- Mengikhlaskan niat untuk Allah SWT.

Sifat Keempat:
Menjaga kemaluan (kehormatan).

Teknik perlaksanaan:
- Menundukkan pandangan daripadamelihat aurat yang diharamkan.
- Memelihara pendengaran daripada mendengar perkara keji dan perkataan lucah.
- Menahan diri dengan menjaga kesucian daripada bercumbu-cumbuan dengan wanita.
- Mengelakkan berdua-duan dengan wanita di tempat sunyi, tanpa ditemani mahramnya.
- Mengelakkan diri jika tidak terdesak daripada berada di tempat berlaku percampuran antara golongan lelaki dan wanita yang berhias secara melampau.
- Mengawal fikiran supaya terarah kepada perkara yang berfaedah supaya tidak tenggelam di dalam khayalan seks.
- Berkahwin untuk melakukan hubungan seksual dan menjaga kesucian.
- Jika tiada kemampuan untuk berkahwin, hendaklah memperkukuhkan keazaman di samping berpuasa, bersukan atau lain-lain aktiviti yang berfaedah.

Sifat Kelima: 
Menjaga amanah.

Teknik perlaksanaan:
- Pengkhianatan bukanlah pengganti kepada amanah kerana ia memudharatkan agama dan kehidupan manusia.
- Menerima amanah secara bebas sebagai suatu nilai kerana memahami kepentingan dan kemestiannya.
- Merasakan bahagia kerana memilih amanah, meskipun orang lain tidak amanah.
- Mengistiharkan berpegang dengan amanah tanpa sikap berpura-pura atau untuk suatu kepentingan peribadi.
- Menzahirkan nilai amanah melalui perlaksanaan yang telus.
- Melaksanakan tuntutan amanah secara berterusan dalam pelbagai situasi.

Perkara-perkara tuntutan amanah:
- Perkara fardhu dalam agama.
- Penempatan orang-orang Islam.
- Anggota badan.
- Waktu.
- Ilmu.
- Harta.
- Barang titipan.
- Rahsia orang lain.
- Tugas dan jawatan.
- Perkara yang diminta untuk dibincangkan.



Sifat Keenam: 
Setia pada janji.

Teknik perlaksanaan:
- Memungkiri janji bukanlah pengganti kepada menepati kerana ia memudharatkan.
- Menepati janji secara bebas sebagai suatu nilai kerana memahami kepentingan dan kemestiannya.
- Merasakan bahagia kerana memilih untuk menepati janji, meskipun orang lain tidak tepati janji.
- Mengistiharkan berpegang dengan janji tanpa sikap berpura-pura atau untuk suatu kepentingan peribadi.
- Menzahirkan nilai kesetian melalui perlaksanaan yang telus.
- Melaksanakan tuntutan janji secara berterusan dalam pelbagai situasi.

Sifat Ketujuh: 
Tetap memelihara sembahyang.

Teknik perlaksanaan:
- Merasakan bahawa memelihara waktu solat adalah penting.
- Tahu menentukan waktu solat ketika musafir dan hadir.
- Takbir yang paling afdhal adalah pada awal waktu.
- Menyusun aktiviti harian dengan tidak mengabaikan waktu solat.
- Mengqadha solat yang tertinggal dengan secara tanpa bertangguh.


dipetik dari sumber  http://sapaanmakrifat.blogspot.com/

I ♥U..Will U Be My Valentines??


Ungkapan di atas sering menjadi ucapan pasangan-pasangan kekasih lebih-lebih lagi dalam kalangan remaja pada tanggal 14 Februari pada setiap tahun. Valentine’s Day ataupun Hari Kekasih disambut bagi memperingati kekasih ataupun hari yang menjadi bukti betapa dalamnya cinta sepasang kekasih itu.

Tetapi tidakkah diketahui asal-usul Valentine’s Day itu? Valentine berasal daripada perkataan Valentino iaitu nama seorang paderi Kristian yang berpengaruh dan giat menjalankan dakwah Kristiannya di Rom pada zaman pemerintahan Raja Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Raja Rom memenjarakan ramai orang Kristian kerana mengamalkan ajaran yang bertentangan agamanya. Paderi Valentino juga tidak terkecuali dari tindakan itu.

Walaupun berada dalam penjara, paderi Valentino tetap juga menyebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan penjara. Kegiatan ini diketahui oleh Raja Rom yang tidak suka agama Kristian disebar dalam negaranya, lalu beliau sekali lagi diseksa dan akhirnya dibunuh pada 14 Februari 296M. Orang-orang Kristian menganggap paderi Valentino merupakan seorang yang mulia, kerana sanggup berkorban dan mati kerana mempertahankan agama Kristian dan penganut-penganutnya.

Justeru pengorbanan yang begitu besar, paderi Valentino diberi gelaran St atau kedudukannya sama dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh pengikut-pengikutnya. Bagi mengingati St. Valentino, maka pada tahun 350M, sebuah gereja dibina berhampiran perkuburan beliau.

Sumber-sumber menyatakan juga, ketika St. Valentine dalam penjara, beliau jatuh cinta pada anak seorang pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum itu Raja Claudius II memberi kepadanya pilihan, sama ada meninggalkan agama Kristian yang dianutinya atau menerima hukuman bunuh. Beliau rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tanda tangan From your valentine (daripada Valentinemu).

Sejak peristiwa itu, orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka.
Daripada peristiwa kematian St. Valentine itu sendiri menunjukkan bahawa orang-orang Kristian sangat mengenangi dan menghargai jasa beliau sehinggakan sanggup menjadikan tarikh 14 Februari itu (hari kematian Valentino) sebagai suatu perayaan penuh bermakna bagi penganut Kristian.

Ada juga pendapat lain yang menyatakan bahawa Valentine’s Day disambut bagi mengenang peristiwa kemenangan tentera salib yang berjaya mengalahkan pejuang-pejuang Islam.  Dalam peperangan itu, orang-orang Islam disembelih seorang demi seorang selepas tewas dalam pertempuran. Paderi yang mengetuai peperangan itu bernama Valentine. Selepas itu, mereka mengadakan sambutan besar-besaran bagi meraikan kemenangan tersebut. Oleh itu, nama Valentine diambil dan perayaan tersebut disambut bagi memperingati jasa beliau yang telah berjaya menewaskan orang-orang Islam.

Oleh itu, jelaslah bahawa perayaan ini menjadi perayaan rasmi bagi penganut Kristian.

Firman Allah s.w.t yang bermakdud :

“Katakanlah (wahai Muhammad) : Hai orang-orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmu agamamu dan untukku agamaku.”
         (Surah Al-Kafirun : Ayat 1-6)

Perayaan adalah salah satu upacara ritual yang sangat penting bagi sesuatu agama. Sekiranya seseorang itu menyambut hari perayaan tersebut, maka dia telah menjadi penganut agama itu. Dan jika seseorang yang beragama Islam menyambut Valentine’s Day, orang itu secara rasminya telah murtad daripada agama Islam dan telah menjadi seorang penganut agama Kristian tanpa disedarinya. Kadang-kadang orang cakap, “Ala, sambut je Valentine’s Day untuk ingat pada kekasih. Masa nilah nak tunjukkan betapa suci dan setianya cinta terhadap si dia. Bukannya ada niatpun nak ingat pada paderi tu. Saje suka-suka nak sambut…”

Salah! Aggapan itu salah sama sekali!!! “Untukmu agamaku dan untukku agamaku.” Jadi perayaan orang kafir hanya boleh disambut oleh orang kafir. Perayaan orang Islam hanya boleh disambut oleh orang Islam. Kita telah menjadi kafir sekiranya menyambut Valentine’s Day!!!

Lebih teruk lagi banyak pihak kini turut  memberi galakan untuk sambutan Valentine’s Day ini. Misalnya, banyak kad  dan bunga-bunga  sempena  sambutan Hari Kekasih dijual dikedai-kedai, terdapat program TV yang ditayangkan atas nama “Valentine’s Special”. Malah,ada  pihak hotel yang turut menawarkan pakej-pakej istimewa seumpama ‘Makan Malam Hari Kekasih’ atau Hidangan Makan Malam Romantik’ dan sebagainya yang mempunyai tujuan untuk menyambut Hari Kekasih. Namun, apa yang membimbangkan sejak kebelakangan ini ialah pesta perayaan Hari Kekasih dirayakan dengan pelbagai sambutan yang tidak bermoral seperti yang dilaporkan oleh media massa, mereka banyak menghabiskan malam perayaan tersebut dengan berpasang-pasangan serta bergaul bebas dan sebahagiannya diakhiri dengan
pesta seks. Realitinya,kita perlu sedari, ini adalah salah satu dakyah Kristian yang bertujuan untuk melalaikan umat Islam sekaligus mengeluarkan umat Islam daripada agamanya.

Wahai saudara saudari muslimin dan muslimat sekalian, bangunlah. Segeralah kamu bertaubat dan kembali kepada-Nya. Astaghfirullahal’azim..Ya Allah, sesungguhnya hamba seorang yang berdosa. Maafkanlah hamba. Ampunilah hamba. Terimalah hamba kembali. Hanya kepada Engkau aku berserah dan kepada Engkaulah aku akan dikembalikan…

           

  
To love someone is nothing,
 To be loved by someone is something,
 To be loved by someone you love is         
 interesting,
 But,                                                               
 to be loved by ALLAH..                                
 is everything.....