Followers


ShoutMix chat widget

Bittawfiq Ma'an Najah SPM 2010

Selamat menghadapi peperiksaan SPM 2010 kepada seluruh adik-adik dan ahli Nisa' Parit Buntar yang bakal memulakan perjuangan esok!!

InsyaAllah..jika Usaha telah dilaksanakan, Doa harus menjadi pegangan, dan Tawakkal kepada-Nya bakal menentukan.

Luka Masyarakat Kian Parah

SEMALAM

Islam tidak melarang kita untuk berhibur, namun banyaknya yang terjadi sekarang adalah salah guna terhadap hiburan itu sendiri.. Akibatnya melahirkan budaya hedonisme yang cukup untuk memusnah generasi kita hari ini. Firman Allah s.w.t:

وإذا رأوا تجارة أو لهوا انفضوا إليها وتركوك قائما قل ما عند الله خير من اللهو ومن التجارة والله خير الرازقين
(الجمعة آية 11
Dan apabila mereka melihat perniagaan dan hiburan, mereka meluru ke arahnya dan meninggalkanmu berdiri (ketika berkhutbah) katakanlah apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik daripada hiburan dan daripada perniagaan dan Allahlah sebaik-baik pemberi rezeki.Kesimpulan: Di dalam ayat ini Allah Taala telah menggabungkan hiburan( اللهو ) dan perniagaan secara bersama. Allah Taala tidak mencela hiburan dan perniagaan tetapi ayat ini diturunkan untuk menegur tindakan para sahabat Nabi yang telah meninggalkan khutbah Rasulullah pada hari Jumaat semata-mata ingin menyambut kedatangan rombongan perniagaan yang baru tiba di Madinah di samping memukul gendang untuk memberitahu orang ramai kedatangan kafilah tersebut sehingga bilangan para sahabat yang tinggal di dalam masjid bagi mendengar khutbah Nabi hanya sekitar 12 orang sahaja.



Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan kehadiran gay si Adam Lambert yang beraksi di stadium Bukit Jalil, amat mengecewakan bilamana bantahan demi bantahan yang dibuat tidak mendapat perhatian pihak yang sepatutnya, jangan kita hairan sekiranya selepas ini lahir beribu-ribu lagi kes gejala sosial kerana pemerintah hari ini sudah tidak mampu membendung kemasukan budaya-budaya barat yang ternyata sudah disebut didalam kitab sejarah yang lalu sebagai antara faktor kejatuhan tamadun mereka dahulu.







Tidak cukup dengan luka masyarakat dengan kehadiran Adam Lambert, apa yang telah dibuat oleh first lady Malaysia amatlah meremuk redamkan hati kita. “Islamic Fashion Festival” yang sepatutnya mengangkat martabat pakaian-pakaian islam telah menjadi sebaliknya. Selaku penaung bagi festival ini, Datin Rosmah seharusnya sedar, beliau mempunyai kuasa untuk merencanakan percaturan untuk festival ini. Amatlah menjadi kekesalan kita bilamana apa yang disebut didalam ucapannya tidak diaplikasikan dengan sebaik mungkin. Disebut dengan jelas :

“The IFF main mission is to capitalise on fashion as a platform to bring together designers and fashion enthusiasts of different cultures, religious backgrounds and race. It is also aimed at making Muslims to accept Islamic wear with a varied choice of styles.”

“Muslim's population comprises one of the fastest growing consumer markets in the world, hence represent a major growth opportunity for businesses around the world including fashion. According to the prestigious Dubai French Fashion University Esmod, over half of the world's 1.6 billion Muslim populations are spending more than USD 120 or more a year on fashion and accessories. As a result, Islamic fashion is fast becoming a lucrative business. It was also reported that the current market for Islamic-inspired fashion has been estimated to be worth more than 96 billion US dollars a year. There is thus a huge market potential for Islamic apparels”

“Lastly, I hope everyone will enjoy the rest of the evening as we sit back and be inspired by the varied interpretations of Muslim fashion by the designers.”

Tiga petikan yang cukup menarik tetapi gagal untuk dilaksanakan. Takutlah kita dengan firman Allah, didalam surah assaf ayat 2 dan 3 disebut dengan jelas :

يأيها الذين ءامنوا لم تقولون ما لا تفعلون كبر مقتا عند الله أن تقولوا ما لا تفعلون
“wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (itu) sangatlah dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.

Hari ini, Jangan kita berbicara soal keruntuhan akhlak anak remaja kalau tindakan kita mencerminkan apa yang kita hajatkan dan tak diselaraskan dengan matlamat Negara untuk melahirkan generasi yang bekualiti. Jangan kita sibuk mencari penawar kepada masalah generasi muda jika akar umbi sakitnya tidak dihapuskan.

Justeru itu saya dan seluruh kepimpinan SIGMA mendesak agar :

1) 1) Permohonan maaf dibuat secara terbuka kepada masyarakat islam khususnya daripada penganjur kedua-dua program yang telah disebutkan diatas.

2) 2) Sebarang program yang melibatkan agama haruslah mendapatkan pandangan atau khidmat nasihat dari ulama’ dan mufti-mufti.

3) 3) Memandangkan festival fesyen tersebut melibatkan kementerian pelancongan maka kami menggesa agar sebarang program yang melibatkan kewangan kementerian haruslah dihebahkan didalam media.

Harus ditegaskan, kami tidaklah menolak sebarang penganjuran festival yang ingin dianjurkan namun ianya haruslah dipastikan selari dengan syariat yang telah ditetapkan. bahkan kami menyokong dan akan berusaha mempromosikan mana-mana festival islam yang berada diatas landasan syariat.

Memurnikan Gerakan, Memaknakan Mahasiswa


NAZIRAH BT. ABU BAKAR -UIA 
PENGERUSI SIGMA GAMIS
Blog beliau boleh dilawati melalui : Kembara Seorang Hamba

Zainab al-Ghazali : Ummul Mujahidah


Alhamdulillah, kali ini Nisa' Parit Buntar ingin membawa sahabat sekalian menjejaki seorang serikandi Islam yg hebat iaitu Zainab al-Ghazali. Belian bukanlah seperti wanita biasa. Seperti Aisha Abdul Rahman, beliau merupakan rakyat Mesir dan mempertahankan hak-hak wanita Islam berdasarkan apa yang diyakini beliau sebagai fahaman Islam yang betul. Beliau dilahirkan di Al-Bihira pada tahun 1917 di dalam keluarga yang terhormat, keturunan Umar al-Khattab dan al-Hasan bin Ali bin Abi Talib. Ayah beliau juga merupakan lulusan al-Azhar. Beliau lebih terkedepan sebagai pejuang dan aktivis Islam daripada seorang yang ulama’. Sewaktu mudanya, beliau aktif dalam pergerakan feminis, dan menyertai Kesatuan Wanita Mesir (Egyptian Feminist Union) yang diasaskan oleh Huda as-Syarawi pada tahun 1923. Beliau telah keluar daripada persatuan itu disebabkan tidak bersetuju dengan idea dan landasan perjuangan gerakan pembebasan wanita. Pada umur 18 tahun (1936), beliau mengasaskan Persatuan Wanita Islam untuk menguruskan hal-ehwal dan akitiviti-aktiviti wanita berlandaskan ajaran Islam dan tujuan ke arah Islam.

Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Hasan al-Banna pada 1928 mempunyai perancangan untuk mengasaskan sayap wanita di dalam pertubuhannya. Hasan al-Banna telah meminta beliau untuk mengetuai bahagian wanita dalam Ikhwan Muslimin. Beliau dan persatuannya menolak tawaran ini tetapi menyatakan persetujuan untuk memberikan kerjasama. Setelah Ikhwan Muslimin dibubarkan pada tahun 1948, Zainab al-Ghazali telah berbaiah kepada Hasan al-Banna pada tahun 1949 untuk menyokongnya dan bersama memperjuangkan sebuah daulah Islam. Malangnya Hasan al-Banna telah gugur syahid tidak lama setelah itu. Kesedihan hati Zainab telah tercoret dalam bukunya yang masyhur, Hari-hari Dalam Hidupku. Beliau menyambung perjuangan dan mengotakan baiahnya kepada pemimpin Ikhwan Muslimin yang menggantikan Hasan al-Banna iaitu Hasan al-Hudhaibi. Beliau menyertai dan bersama dengan ahli Ikhwan Muslimin terutama apabila Ikhwan Muslimin diharamkan dan mereka terpaksa bergerak secara rahsia di bawah pemerintahan Jamal Abdul Naser sekitar tahun 1950-1960an.Dalam satu temuramah dirumahnya di Heliopolis, Mesir pada tahun 1981, Zainab al-Ghazali berkata:

“Islam telah menyediakan segala-galanya untuk lelaki dan perempuan. Islam memberikan wanita semuanya-kebebasan,hak ekonomi,hak politik,hak social, hak awam dan juga hak persendirian. Islam telah memberikan hak-hak wanita di dalam keluarga lebih daripada persatuan dan agama lain. Wanita boleh berkata tentang kebebasan wanita dalam masyarakat Kristian,Yahudi dan juga masyarakat pagan, tetapi dalam masyarakat Islam adalah satu kesilapan besar untuk berkata tentang kebebasan wanita. Wanita Muslim perlu mempelajari Islam supaya mereka tahu Islam telah memberikan mereka semua hak-hak mereka.”

Inilah intipati pemikiran Zainab al-Ghazali berkenaan dengan status wanita seperti yang selalu diluahkan dan disampaikan beliau dalam ceramah-ceramah beliau dan juga karya-karya beliau di dalam majalah al-Da’wa, dimana beliau merupakan editor sebuah ruangan untuk pembangunan rumah tangga Muslim yang sebenar. Perkara utama dalam perjuangan beliau adalah pentarbiyahan, iaitu untuk memberi kefahaman Islam di dalam pemikiran wanita, mendidik mereka tentang hak-hak dan tanggungjawab mereka dan mengubah masyarakat untuk membina sebuah daulah Islamiah yang berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.

Zainab al-Ghazali meyakinin bahawa Islam membenarkan wanita untuk bergiat aktif dalam hal social, memegang jawatan, memasuki politik dan juga memberi pendapat. Beliau percaya Islam membenarkan wanita memiliki harta, menguruskan perniagaan dan apa sahaja yang mereka mahu dalam perkhidmatan masyarakat Islam. Beliau berpendapat tugas utama wanita Muslimah ialah menjadi ibu dan isteri. Oleh itu, tiada tanggungjawab lain yang boleh mengatasi tanggungjawab ini. Jika wanita itu mempunyai masa luang untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan setelah tugasnya sebagai ibu dan isteri telah dipenuhi, maka dia boleh berbuat demikian kerana Islam tidak melarang perbuatan tersebut.

Zainab al-Ghazali sangat meyakini tanggungjawab agama dan social apabila berkahwin. Pada perkahwinan beliau yang pertama, suami beliau tidak bersetuju untuk membenarkan beliau bergiat aktif dalam perjuangan Islam. Dengan sebab itu, beliau telah meminta cerai daripada suaminya kerana pra-syarat yang diletakkan oleh beliau sebelum berkahwin adalah membenarkan beliau memperjuangkan Islam. Suami beliau yang kedua memahami semangat dan gagasan perjuangan beliau dan melibatkan diri dalam penulisan untuk menyokong beliau dan sama sekali tidak menghalang beliau dari perjuangan. Didalam buku ‘Hari-hari dalam Hidupku’ (Ayyam min Hayati) beliau mengisahkan bagaimana suami beliau walaupun sangat bimbang akan diri beliau tetapi terus menerus menyokong perjuangan suci beliau. Zainab al-Ghazali juga menekankan beliau tidak akan mengabaikan tanggungjawab kepada suami dan keluarga beliau walaupun beliau Amirah sayap wanita Ikhwan Muslimin. Tanggungjawab beliau yang berat itu menyebabkan beliau perlu bekerja pada waktu yang panjang di pejabat beliau dan aktiviti bersama Ikhwan Muslimin. Setelah kematian suaminya yang kedua, beliau masih di dalam penjara. Beliau merasakan tanggungjawabnya terhadap perkahwinan telah selesai dan beliau bebas untuk mengorbankan seluruh masanya untuk perjuangan Islam.

Sebagaimana pejuang-pejuang Islam yang lain, beliau juga kecewa dengan revolusi Mesir 1952 yang didokong mereka pada mulanya dan akhirnya pejuang Islam telah dikhianati oleh Jamal Abdul Naser. Zainab al-Ghazali menyatakan bahawa rejim Jamal Abdul Naser adalah musuh kepada Islam. Setelah beberapa tokoh Ikhwanul Muslimin ditangkap dan dihukum mati dan ramai dipenjara, beliau mendahului pergerakan untuk menolong isteri, janda dan keluarga pejuang yang telah dibunuh dan dipenjarakan. Walaupun dipenjara, beliau meningkatkan usaha tarbiyyah secara rahsia diketuai oleh pimpinan Ikhwan Muslimin. Dalam tahun 1962, beliau dapat berhubung dengan Sayyid Qutb melalui dua orang adik Sayyid Qutb dan menerima tulisan beliau berkenaan perjuangan Islam dan tafsir al-Quran dan hadith serta syariah Islam. Beliau juga menerima sebahagian dari buku yang dikarang oleh Sayyid Qutb dalam penjara yang kemudian diterbitkan dengan judul Ma’alim Fit-Tariq (Petunjuk Sepanjang Jalan).

.Tulisan dan petunjuk daripada Sayyid Qutb di dalam penjara dan juga ayat-ayat al-Quran akan dipelajari dalam satu kumpulan terdiri daripada lima hingga sepuluh pemuda yang berjumpa pada waktu malam di rumah Zainab ataupun tempat lain. Perbincangan, pandangan dan pendapat diutarakan di dalam pertemuan tersebut. Dengan persetujuan Sayyid Qutb dan pimpinan Ikhwan Muslimin, keputusan untuk menjalankan program tarbiyyah selama 13 tahun sepertimana zaman Rasulullah saw di era Mekah. Apabila tempoh ini berakhir, maka studi dan kajian akan dibuat adakah sekurangnya 75% daripada rakyat Mesir sudah yakin dengan keperluan adanya daulah Islam dan membangunkannya. Jika ianya terjadi maka gerak kerja menubuhkan daulah Islam akan dilakukan dan jika belum lagi mencapai tahap tersebut, program pentarbiyahan akan dilakukan semula selama 13 tahun lagi sehingga sehingga rakyat bersedia untuk membina daulah Islam, menerima pakai undang-undang syariah Islam dan menegakkan hukum Islam berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.

Apabila kerajaan Mesir berasa curiga dengan perkumpulan rahsia dan matlamat mereka ini, Ikhwan Muslimin diserbu pada tahun 1965. Ikhwah dan akhawat pergerakan Ikhwan Muslimin semuanya ditangkap dan dipenjarakan. Zainab al-Ghazali adalah salah seorang daripada mereka. Jemaah wanita Ikhwan Muslimin dibubarkan. Beliau dibicarakan bersama sahabiah yang lainnya pada tahun 1966 dan dihukum penjara seumur hidup dengan kerja berat. Satu hukuman yang tidak masuk akal bagi seorang wanita. Namun pada tahun 1971 beliau telah dibebaskan apabila kematian Jamal Abdul Nasir dan Anwar Sadat mengambil alih tampuk pemerintahan. Setelah itu, beliau terus sahaja meneruskan perjuangan beliau tanpa mengenal penat lelah dalam mendaulatkan Islam dibumi Mesir.

Beliau merupakan wanita yang terkemuka setelah jatuhnya khilafah Islamiah di Mesir. Beliau tidak mempunyai anak dan segalanya hidupnya diserahkan kepada perjuangan Islam. Beliau juga menjadi sanjungan dan pendorong kepada perjuangan wanita di seluruh dunia. Beliau dihormati oleh kawan dan lawan, malah disegani oleh tokoh-tokoh ulama’ kerana perjuangannya yang luar biasa.

Zainab al-Ghazali kembali ke rahmatullah pada hari Rabu 3 Ogos 2005 di kala umur beliau 88 tahun. Ternyata umur yang panjang yang dianugerahkan Allah pada beliau telah digunakan tanpa sia-sia sedikitpun, semuanya dikorbankan demi menegakkan agama Allah yang mulia. Beliau terus menjadi idola dakwah kepada pejuang-pejuang Islam di seluruh dunia. Beliau juga menjadi bukti kukuh bahawa sebenarnya Islam mampu membina wanita yang berjuang untuk Islam. Sejarah hidup beliau persis hidup srikandi di teratak Rasulullah saw. Jadi tidaklah salah jika kita menggelarnya sebagai Ummul Mujahidah pada masa kini. Moga Allah mencucuri rahmat yang melimpah ruah kepada beliau dan menjadikan beliau di kalangan para siddiqin,amilin dan mujahidin.

http://dakwah.info/?p=5
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2188.0

pasakkan istiqOmah di jaLan dakwaH

Assalamualaikum...
Salam satu akidah..
Nisa Parit Buntar kembali !!!
Almaklumlah bulan berganti bulan, detik demi detik masa terus berlalu tanpa sedikit menunggu kita...
raya aidilfitri sudah, puasa 6 sudah, upsr dah keluar result, pmr juga sudah selesai, dan kini masin mode hari raya qurban, maka dgn ini nisa pb ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan salam eiduladha buat seluruh pengikut nisa' khususnya di Parit Buntar..
Allahurabbi... admin nisa' pb memohon ribuan kemaafan di atas "kesepian" yg melanda..
masing2 sibuk dgn agenda harian...insyaAllah selepas ini sama-sama saling ingat mengingatkan agar semoga selepas ini istiqamah terupdate ..
sesungguhnya hanya Allah yg berhak ke atas sesuatu. syukur ke hadrat ilahi yg menggerakkan hamba utk meneruskan perjuangan ini.
InsyaAllah sama2 kita julangkan izzah, pasakkan istiqamah!! 
Allahuakbar.