Followers


ShoutMix chat widget
Showing posts with label Tentang Nisa'. Show all posts
Showing posts with label Tentang Nisa'. Show all posts

Daftar sekarang!!

CARA MEMOHON :

KLIK DI SINI > DOWNLOAD BORANG NISA'

1) Melalui Telefon

Anda boleh menghubungi nombor talian Ketua & Setiausaha mengikut negeri masing-masing. 
Sila rujuk DIREKTORI NISA untuk mendapatkan nombor perhubungan tersebut.
Unit 3N Parit Buntar : Cik As (013 2224518)


2) Email

Anda boleh menghantar maklumat berkenaan permohonan keahlian anda ke email berikut:
nisapbuntar@gmail.com

Sila sertakan :
(i) Nama
(ii) Kad Pengenalan
(iii) Nombor Telefon
(iv) eMail
(v) Alamat Ringkas


Peringkat Pemprosesan
Setiap ahli akan menerima kad keahlian NISA.
Maklumat data ahli akan diuruskan mengikut peringkat negeri masing-masing dalam satu sistem keahlian pusat online


Peringkat Penglibatan Aktiviti

Sentiasa lawati laman web pusat (webnisa.net, webnisa.fotopages, webnisa.wordpress) untuk sebarang maklumat umum keseluruhan NISA'
ataupun
Terus melawat blog/laman NISA' negeri masing-masing

Kenali Nisa'



NISA’ berhasrat untuk menjalin hubungan akrab dengan pelbagai pihak seperti kementerian, agensi kerajaan, media serta NGO dalam usaha NISA’ untuk berkhidmat kepada masyarakat.

MISI NISA'
NISA' berhasrat melahirkan generasi yang mengagungkan agama, mencintai ilmu & berakhlak mulia.

Misi NISA' ini akan tercapai melalui program-program yang dirancang dengan teliti, disemai dengan kasih sayang, dan disampaikan dengan penuh keikhlasan.

KEAHLIAN NISA'
Wanita berusia 15 - 40 tahun

LOGO DAN SLOGAN NISA'
Slogan NISA' ialah "Penghubung Generasi Muda" atau "Connecting Youth", menggambarkan kesungguhan NISA' untuk menyatukan generasi muda melalui pendekatan bersepadu dalam usaha meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat.


Logo NISA' ini direka khusus bagi menggambarkan imej terkini dan perubahan NISA'.

Huruf "N" pada logo bukan sahaja melambangkan nama NISA', malahan ia membawa maksud "New" ataupun "Baru" dari sudut pendekatan dan idea baru untuk generasi muda.

Warna kelabu menggambarkan impian NISA' untuk menjadi sebuah organisasi profesional bagi golongan muda yang terbilang.

Warna ungu pula mewakili imej baru NISA' yang ceria, segar, serta 'loving and caring' terhadap generasi muda.

Latar belakang yang berbentuk bulatan menggambarkan matlamat NISA' yang ingin meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat.