Followers


ShoutMix chat widget

Wanita Ibarat Pohon Semalu

Wanita ibarat pohon semalu...


Untuk renungan bersama….

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan
bersama puteri
baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya
mereka berdua di bawah
sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon
semalu, kakinya berdarah lalu
mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan
kepada bapanya apalah gunanya
pohon semalu itu berada di situ dengan nada
yang sedikit marah. Rasulullah
dengan tenang berkata kepada puteri
kesayangannya itu bahawasanya
pohon semalu itu amat berkait rapat dengan
wanita. Fatimah terkejut.
Rasulullah menyambung kata-katanya lagi.

Para wanita hendaklah mengambil
pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4
aspek.


Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila
disentuh. Ini boleh
diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai
perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk
mempertahankan
dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu
mempertahankan diri dan maruah sebagai
seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang
yang sangat kuat dan
mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah
hendaklah mempunyai
keterikatan yang sangat kuat dengan Allah
Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian,kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.


Wanita solehah bukan sahaja ibarat mawar berduri~wanita ibarat pohon semalu~duri pada mawar menandakan bahawa mereka tidak boleh didekati sewenangnya~wanita solehah dipagari perasaan malu yang dengannya menjadikan wanita sebagai insan misteri yang istimewa~andai kamu mahu memetiknya gunalah cara yang terbaik supaya kau tidak dilukai~

JOM PI REHLAH!


SALAM...JOM P REHLAH!

SALAM LEBARAN

Bismillah,

NISA' KAW PARIT BUNTAR MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDLFITRI KPD SELURUH AHLI NISA' ...

MeRiaH BerSaMa Nisa' BuKiT TaMBuN

Hampir setiap Nisa' di daerah Perak telah turun memeriahkan Ifta Jamaei yang di anjurkan oleh Nisa' Tambun pada 22 & 23 Ramadhan 1430 HJ bersamaan 12 & 13 september 09. Aktiviti seperti ini memberi sentuhan takala kami berpeluang memberi sumbangan kepada fakir miskin serta melawat kaum ibu tunggal yang rata-ratanya memelihara cucu mereka. 20 sumbangan dan 5 sumbangan beserta sedikit yang kepda fakir miskin sempat kami berikan hasil kerjasama penduduk Kedas 3 serta gabungan dua Nisa' iaitu Nisa' Parit Buntar dan Nisa' Parit Perak. Walaupun puasa...tapi, tengok la semangat sahabat2 Nisa' ni...

Salam RamaDhan, Salam Merdeka

Bismillah,

Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi dengan izin-Nya jua, NISA' kawasan Parit Buntar buat julg2 kalinya(sama hr merdeka) telah menghasilkan sebuah blog khas untuk semua ahli nisa' parit buntar dan seluruh warga pbuntar hendaknya.. Ahlan Wa sahlan wa marhaban bikum utk semua pengunjung blog ini.=)

buat permulaan, bagi sessi 2009/2010 nisa pbuntar telah mmpunyai wajah2 baru dlm organisasinya, yang mana taklifan diberi sejak jun 2009 yg lalu. semoga segalanya dpermudahkan buat semua penggerak.
masih dlm proses pembuatan&pemantauan, i'allah kerja2penambahbakn akan dilakukan dr sms ke sms..

hr ini,tanggal 31 ogos 2009 bersamaan 9ramadhan 1430h.,mrupakn hr kmerdekaan mlaysia yg ke 52..dgn berbaki sdikit ms d pghujung ogos thn 2009 ini.. km ingin mgucpkn "slm merdeka " buat semua pgunjung..
dan salam mneruskan ibadah puasa dgn jayanya,,,wallahu'alam