Followers


ShoutMix chat widget

Wanita Ibarat Pohon Semalu

Wanita ibarat pohon semalu...


Untuk renungan bersama….

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan
bersama puteri
baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya
mereka berdua di bawah
sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon
semalu, kakinya berdarah lalu
mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan
kepada bapanya apalah gunanya
pohon semalu itu berada di situ dengan nada
yang sedikit marah. Rasulullah
dengan tenang berkata kepada puteri
kesayangannya itu bahawasanya
pohon semalu itu amat berkait rapat dengan
wanita. Fatimah terkejut.
Rasulullah menyambung kata-katanya lagi.

Para wanita hendaklah mengambil
pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4
aspek.


Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila
disentuh. Ini boleh
diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai
perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk
mempertahankan
dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu
mempertahankan diri dan maruah sebagai
seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang
yang sangat kuat dan
mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah
hendaklah mempunyai
keterikatan yang sangat kuat dengan Allah
Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian,kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.


Wanita solehah bukan sahaja ibarat mawar berduri~wanita ibarat pohon semalu~duri pada mawar menandakan bahawa mereka tidak boleh didekati sewenangnya~wanita solehah dipagari perasaan malu yang dengannya menjadikan wanita sebagai insan misteri yang istimewa~andai kamu mahu memetiknya gunalah cara yang terbaik supaya kau tidak dilukai~

1 comments:

Muhammad said...

Maaf ya, saudari, mohon diperjelas sanad hadith ini, riwayat siapa? Sahih? Dhaif? Atau palsu? Mungkin pengajarannya betul, tapi jika disandarkan kepada rasul SAW tetapi BUKAN dari rasul SAW maka ia adalah satu pendustaan. Mengapa ana menegur? Sebab dari pembacaan ana, pokok semalu berasal dari Amerika Selatan dan hanya tersebar ke seluruh dunia selepas Barat menemui benua Amerika pada abad ke-16. Maknanya sepatutnya tiada pohon semalu di Arab pada zaman Rasul SAW (mohon diperbetul jika ana tersalah). Ana tidak menafikan keikhlasan saudari menyampaikan pengajaran kepada masyarakat, cuma sekali-sekala kita mungkin tidak sedar yang kita mungkin tersalah maklumat. Terutamanya jika berkaitan hadith, kerana Rasul SAW bersabda, "Barangsiapa berdusta dengan namaku dengan sengaja,maka persiapkanlah tempat duduknya di neraka." Ya, kita tidak sengaja, cuma perlu lebih berhati-hati. Teruskan sampaikan pengajarannya, tetapi jangan sekali-kali kita guna nama Rasul SAW bila tahu ia bukan dari Rasul SAW. Moga Allah memberkati keikhlasan saudari, dan semoga Allah membantu kita mencari kebenaran dan menjauhi kebatilan.

Post a Comment