Followers


ShoutMix chat widget

NISA' SMART CAMP MENDAPAT SAMBUTAN

PARIT BUNTAR, 7&8 JUN 2012 : Bertempat di kem Mawaddah Batu Kurau,Perak,Nisa Parit Buntar telah menganjurkan Nisa smart Camp pada 7&8 Jun yang lalu yang dihadiri seramai 77 orang peserta remaja perempuan dari pelbagai kawasan & tempat.Aktiviti ini bertujuan bagi mengisi masa lapang remaja-remaja ini dalam menghabiskan cuti persekolahan mereka yang berbaki.

Sepanjang dua hari kem ini berjalan,pelbagai aktivti yang telah disediakan antaranya adalah ceramah yang telah disammpaikan oleh beberapa orang penceramah yang berpengalaman luas iaitu ustaz Toreq Bin....,Ustaz Jafri Bin....,dan Ustazah Nurul Izzah bt Zamuri.

Seterusnya banyak lagi aktiviti yang menarik antaranya aktiviti dinihari iaitu mendirikan solat sunat Qiamullail.Selain itu,antara aktiviti yang paling menarik perhatian para peserta adalah aktiviti river tracking yang banyak menguji kesabaran peserta-peserta kem.Kem yang berjalan selama dua hari ini dapat mendidik dan mengubah jati para peserta supaya menjadi khalifah yang hebat dan berwibawa.

Di kem ini juga,para peserta didedahkan kentang pengetahuan-pengetahuan agama antaranya masalah fiqh wanita iaitu bersuci,solat,puasa dan aurat.Kem ini juga bukan sahaja dapat meningkatkan jati diri malah dapat menimba ilmu-ilmu agama dan bersahabat dengan ramai orang dari pelbagai kawasan berdekatan.Justeru itu,isilah masa lapang kita gengan perkara-perkara yang berfaedah dan bermanfaat untuk diri,keluarga, ummah dan negara.Sebaik-baik ummat adalah yang bermanfaat keatas orang lain......