Followers


ShoutMix chat widget

I ♥U..Will U Be My Valentines??


Ungkapan di atas sering menjadi ucapan pasangan-pasangan kekasih lebih-lebih lagi dalam kalangan remaja pada tanggal 14 Februari pada setiap tahun. Valentine’s Day ataupun Hari Kekasih disambut bagi memperingati kekasih ataupun hari yang menjadi bukti betapa dalamnya cinta sepasang kekasih itu.

Tetapi tidakkah diketahui asal-usul Valentine’s Day itu? Valentine berasal daripada perkataan Valentino iaitu nama seorang paderi Kristian yang berpengaruh dan giat menjalankan dakwah Kristiannya di Rom pada zaman pemerintahan Raja Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Raja Rom memenjarakan ramai orang Kristian kerana mengamalkan ajaran yang bertentangan agamanya. Paderi Valentino juga tidak terkecuali dari tindakan itu.

Walaupun berada dalam penjara, paderi Valentino tetap juga menyebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan penjara. Kegiatan ini diketahui oleh Raja Rom yang tidak suka agama Kristian disebar dalam negaranya, lalu beliau sekali lagi diseksa dan akhirnya dibunuh pada 14 Februari 296M. Orang-orang Kristian menganggap paderi Valentino merupakan seorang yang mulia, kerana sanggup berkorban dan mati kerana mempertahankan agama Kristian dan penganut-penganutnya.

Justeru pengorbanan yang begitu besar, paderi Valentino diberi gelaran St atau kedudukannya sama dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh pengikut-pengikutnya. Bagi mengingati St. Valentino, maka pada tahun 350M, sebuah gereja dibina berhampiran perkuburan beliau.

Sumber-sumber menyatakan juga, ketika St. Valentine dalam penjara, beliau jatuh cinta pada anak seorang pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum itu Raja Claudius II memberi kepadanya pilihan, sama ada meninggalkan agama Kristian yang dianutinya atau menerima hukuman bunuh. Beliau rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tanda tangan From your valentine (daripada Valentinemu).

Sejak peristiwa itu, orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka.
Daripada peristiwa kematian St. Valentine itu sendiri menunjukkan bahawa orang-orang Kristian sangat mengenangi dan menghargai jasa beliau sehinggakan sanggup menjadikan tarikh 14 Februari itu (hari kematian Valentino) sebagai suatu perayaan penuh bermakna bagi penganut Kristian.

Ada juga pendapat lain yang menyatakan bahawa Valentine’s Day disambut bagi mengenang peristiwa kemenangan tentera salib yang berjaya mengalahkan pejuang-pejuang Islam.  Dalam peperangan itu, orang-orang Islam disembelih seorang demi seorang selepas tewas dalam pertempuran. Paderi yang mengetuai peperangan itu bernama Valentine. Selepas itu, mereka mengadakan sambutan besar-besaran bagi meraikan kemenangan tersebut. Oleh itu, nama Valentine diambil dan perayaan tersebut disambut bagi memperingati jasa beliau yang telah berjaya menewaskan orang-orang Islam.

Oleh itu, jelaslah bahawa perayaan ini menjadi perayaan rasmi bagi penganut Kristian.

Firman Allah s.w.t yang bermakdud :

“Katakanlah (wahai Muhammad) : Hai orang-orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmu agamamu dan untukku agamaku.”
         (Surah Al-Kafirun : Ayat 1-6)

Perayaan adalah salah satu upacara ritual yang sangat penting bagi sesuatu agama. Sekiranya seseorang itu menyambut hari perayaan tersebut, maka dia telah menjadi penganut agama itu. Dan jika seseorang yang beragama Islam menyambut Valentine’s Day, orang itu secara rasminya telah murtad daripada agama Islam dan telah menjadi seorang penganut agama Kristian tanpa disedarinya. Kadang-kadang orang cakap, “Ala, sambut je Valentine’s Day untuk ingat pada kekasih. Masa nilah nak tunjukkan betapa suci dan setianya cinta terhadap si dia. Bukannya ada niatpun nak ingat pada paderi tu. Saje suka-suka nak sambut…”

Salah! Aggapan itu salah sama sekali!!! “Untukmu agamaku dan untukku agamaku.” Jadi perayaan orang kafir hanya boleh disambut oleh orang kafir. Perayaan orang Islam hanya boleh disambut oleh orang Islam. Kita telah menjadi kafir sekiranya menyambut Valentine’s Day!!!

Lebih teruk lagi banyak pihak kini turut  memberi galakan untuk sambutan Valentine’s Day ini. Misalnya, banyak kad  dan bunga-bunga  sempena  sambutan Hari Kekasih dijual dikedai-kedai, terdapat program TV yang ditayangkan atas nama “Valentine’s Special”. Malah,ada  pihak hotel yang turut menawarkan pakej-pakej istimewa seumpama ‘Makan Malam Hari Kekasih’ atau Hidangan Makan Malam Romantik’ dan sebagainya yang mempunyai tujuan untuk menyambut Hari Kekasih. Namun, apa yang membimbangkan sejak kebelakangan ini ialah pesta perayaan Hari Kekasih dirayakan dengan pelbagai sambutan yang tidak bermoral seperti yang dilaporkan oleh media massa, mereka banyak menghabiskan malam perayaan tersebut dengan berpasang-pasangan serta bergaul bebas dan sebahagiannya diakhiri dengan
pesta seks. Realitinya,kita perlu sedari, ini adalah salah satu dakyah Kristian yang bertujuan untuk melalaikan umat Islam sekaligus mengeluarkan umat Islam daripada agamanya.

Wahai saudara saudari muslimin dan muslimat sekalian, bangunlah. Segeralah kamu bertaubat dan kembali kepada-Nya. Astaghfirullahal’azim..Ya Allah, sesungguhnya hamba seorang yang berdosa. Maafkanlah hamba. Ampunilah hamba. Terimalah hamba kembali. Hanya kepada Engkau aku berserah dan kepada Engkaulah aku akan dikembalikan…

           

  
To love someone is nothing,
 To be loved by someone is something,
 To be loved by someone you love is         
 interesting,
 But,                                                               
 to be loved by ALLAH..                                
 is everything.....